Latar belakang Jahid Sidek

Haji Jahid dilahirkan pada 11 Februari 1940 di Batu Pahat, Johor[1].

Pendidikan

Beliau memulakan pendidikannya di Sekolah Melayu Kebangsaan pada tahun 1957 dan tamat hingga darjah 6. Pada tahun 1956 hingga 1958, beliau memasuki Sekolah Arab Kluang yang terletak di Jalan Mersing, Johor. Pada tahun 1957, beliau memasuki Sekolah Agama Kerajaan Johor. Pada tahun berkenaan, beliau menerima Sijil Darjah Khas yang melayakkannya untuk menjadi guru agama di sekolah-sekolah agama di negeri Johor[1].

Beliau melanjutkan pelajarannya ke Kolej Islam Malaya, Klang dari tahun 1959 hingga 1963. Selepas berjaya memperoleh Sijil Tertinggi Kolej pada tahun 1963, beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana muda ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1969 hingga tahun 1972. Kemudian, beliau menyambung pengajian di universiti yang sama sehingga memperoleh Ijazah Sarjana (M.A.) Usul Fiqh pada 1975 dan ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam bidang Tasawuf pada 1992[1].